D'Arab Cafe
"Menyajikan Nasi Briani Arab"

Welcome to D'Arab Cafe

208209_1926483409443_1462910409_32168293_458255_n

D’ARAB CAFÉ menyajikan makanan dari Timur Tengah dengan rasa keaslian namun dapat dinikmati oleh semua golongan kerana harganya yang sangat kompetitif.  Walaupun lokasi dan aturan restoran yang tidak mewah,  namun semua itu diatasi dengan rasa makanan yang lazat dan asli dari timur tengah dengan harga berpatutan.D’ARAB CAFÉ amat mementingkan konsep rasa dan konsistensi makanan. Oleh yang demikian, D’ARAB CAFÉ, menggunakan konsep dapur berpusat untuk mengekalkan keaslian rasa dan kawalan rasa yang ketat untuk menjaga konsistensi. Hidangan makanan D’ARAB CAFE telah mendapat sijil Halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 5 Disember 2011 (JAISEL.BPP/03/002/02Jld2(50)).


D’Arab Cafe dimiliki oleh Hj. Mohd Hairudin bin Md Top yang berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Membawa citarasa Briani Arab yang berbeza dan unik. Selamat mencuba, InsyaAllah pasti memuaskan anda.

D’Arab Cafe juga menyediakan perkhidmatan Katering untuk pelbagai majlis di sekitar Lembah Kelang. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa.

Untuk Bulan Ramadhan, D’ Arab Cafe menerima tempahan untuk para dermawan menyediakan makan berbuka puasa buat Anak Yatim dan Keluarga Miskin, atau surau dan masjid.

D’Arab Cafe juga sedia menerima tempahan penghantaran packing ke pejabat-pejabat di sekitar Shah Alam, PJ dan Bangsar apabila tempahan dibuat sehari sebelum penghantaran.

Pilihan untuk pelanggan yang mahukan keselesaan di dalam aircon dan juadah berbeza, silalah kunjungi Restoran D’Arab Cafe di bawah ini… Harap maklum, harga juga berbeza berbanding dengan di Anjung 7 Shah Alam..

Hj. Mohd Hairudin bin Md Top (0176821700)
Pengarah Urusan
D’Arab Cafe Sdn. Bhd.
ledangtropica@gmail.com
Website Builder